Friday, April 4, 2008

APA YANG TERSIRAT

Wira terbaca dalam SINAR HARIAN, ADUN Batang Kali, Sdr Mohd Isa Abu Kassim berjanji akan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi penduduk-penduduk Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dan Taman Bunga Raya sejak diabaikan selama 12 tahun. 12 tahun tu? kalau bayi dilahirkan pada waktu tu, sekarang dah nak tamat sekolah rendah...dah nak masuk sekolah menengah. Kenapa lama sangat? Selama ni ADUN Batang Kali Sdr Zainal Sakom buat apa...mesti buat dono! Selama 12 tahun bawah BN, Sdr. Khir Toyo tak tahu ke masalah ini? Pelik kan? Sekarang dah jadi pembangkang baru nak perjuangkan nasib penduduk-penduduk berkenaan. Ada apa-apa ka? Nak cari bahan untuk bidas kerajaan Negeri Selangor yang baru ke? Ya la kan ADUN baru - new broom sweep clean (penyapu baru sapu bersih) oopppps...sori bukan nak tempelak YDP MDHS. Kawasan perumahan ini dibina semasa Sdr Muhd Taib jadi MB. Perancangan membangun kawasan ini menjadi perumahan dan kilang terbantut selepas beliau 'terpaksa' melepaskan jawatan angkara skandal-skandal yangmelibatkan dirinya. Selepas pengambilalihan jawatan MB oleh Sdr.Abu Hassan Omar (mana orangnya sekarang, tak dengar khabar berita)...semua projek beralih ke Kuala Selangor (sehinggakan projek perumahan Desa Bujang di KKB pun terbengkalai seketika). Lepas AHO melepaskan jawatan atas angkara skandal peribadi (skandal lagi ?) ...jawatan MB diambilalih oleh Sdr.Khir Toyo -MB termuda waktu itu (tak ada skandal ke?) Masa tu semua projek pembangunan tertumpu di sebelah Sabak Bernam pula. Adakah ini strategi pemimpin UMNO untuk memburuk-burukkan saingan mereka dengan menggagalkan projek yang telah dirancang oleh MB terdahulu walaupun projek-projek itu diluluskan oleh kerajaan negeri? Wira tak tau nak jawab sebab tak duduk dalam EXCO. Jadi lu orang fikirlah sendiri!

No comments: