Friday, April 4, 2008

FIRST IN EVERYTHING

This will be my first time I'm writing in this blog of mine. After all this time I have nothing much to say but with the outstanding 8th March election results, people are saying out their thoughts. Am I to miss this out?

Pertama sekali saya nak bagitau semua pembaca blog untuk cuba baca SINAR HARIAN. Banyak perkara baru boleh didapati kat situ. Satunya - akhbar ini tidak berat sebelah. Semua berita ada. Terserah kepada pembaca untuk menimbangkan kebenaran. Paling menarik edisi hari ini Sabtu 5 April 2008, ruang SEKILAS PANDANG patut memberi kesedaran kepada pemimpin UMNO dan iktibar (pengajaran) kepada rakyat umum. Secara umum kita dapat faham, Sdr.Manzaidi -Penyunting Edisi Negeri Selangor itu membidas sikap pemimpin UMNO sibuk dengan urusan nak merebut jawatan dalam pemilihan bulan Disember nanti sedangkan pihak BA (dulu) dah melangkah setapak lagi untuk menubuhkan PAKATAN RAKYAT(PR). Nampaknya cabaran Mohd Ali Rustam,KM Melaka telah disahut oleh BA. Beliau turut memberi gambaran tidak lama lagi satu pilihanraya kecil akan diadakan, tak tahu bila dan di mana dan beliau menutup catatan pandangannya dengan "Mereka (UMNO) harus belajar menerima hakikat bahawa diri mereka bukan kuat, bijak atau pandai. Jadikan kata-kata hikmat " Apa yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah, mana yang buruk adalah dari saya...." yang dilfazkan di akhir ucapan mereka pada majlis tertentu sebagai pengajaran." Ini merupakan satu tempelak yang hebat kepada yang berkenaan. Siapa makan cili dialah yang rasa pedasnya.

No comments: