Wednesday, April 30, 2008

SIARAN LANGSUNG PARLIMEN

Menarik betul menyaksikan persidangan parlimen hari ini. Hari pertama memang panas. Dari sudut pandangan Wira, keadaan jadi kecoh sebab YB dari BN nampak macam tak bersopan. Tak bagi peluang YB PR bercakap. Speaker pun satu hal. Cuba bagi peluang sorang-sorang bercakap. Lepas tu jawab la elok-elok sampai yang bertanya puas hati. Paling tak layak masuk parlimen YB Ibrahim (lompat2). Dia ingat YB-YB lain macam dia kot. Cakap hanya nak tunjuk muka kat tv. Sapa la yang undi dia ni. Tengok la esok-esok apa lagi yang pelik dia nak cakap.
Wira nampak apa yang dibangkitkan YB PR betul belaka. Walaupun teknikal kata deme, ikut lah peraturan sebenarnya, tak la jadi kecoh. Kalau betul ada kesilapan speaker mengaku aje le...jangan asyik cakap 'keputusan muktamat'. Kalau nak panjanglebarkan sampai esok pun tak habis. Ni baru hari pertama.
Yang TV3 pun satu hal. Kalau kita tengok siaran langsung pagi tadi, rasa Hj Hadi tanya soalan kepada Pak Lah pasal MAPEN, tapi TV3 kata kebetulan cadangan Hj Hadi macam yang Pak Lah cakapkan. Pekak ke apa? Atau nak bodohkan penonton? Takkan Hj Hadi bengap sangat nak tanya soalan kalau Pak Lah dah cadangkan. Sapa le editor kat situ ...tak habis2 nak ampu tokeh Media Prima ke?
Dah tu Menteri Penerangan yang baru pun macam Menteri Penerangan dulu ...baru sehari siaran langsung dah nak hentikan. Memang BN takut dengan bayang-bayang sendiri. Kalau kelakuan pembangkan teruk sangat, biarlah rakyat tengok sendiri untuk dinilai. Lainlah kot-kot YB-YB BN yang malu kena hentam pembangkang. BERANI KERANA BENAR, GELABAH KERANA SALAH". Itu ajela yang Wira nak katakan.

No comments: