Friday, April 4, 2008

TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI

Tun Dr Mahathir kata Pakatan Rakyat lenyapkan UMNO - satu amaran kepada seluruh parti terbesar Melayu (ye ke?) Orang tua-tua dah kata - ada mula ada akhir,what goes up must come down dan banyak lagi lah. Dengan kemunculan PR menggantikan BN tidak ada apa yang nak ditakutkan. Bilangan ahli UMNO pun bukan ramai sangat berbanding jumlah penduduk Melayu di Malaysia ni. Bagi sedikit masa lagi, ramai Melayu akan membondong-bondong masuk PAS atau PKR (ikut citarasa sendiri). UMNO pun dah pernah kena bubar. Yang adapun UMNO baru...umurpun baru masuk 10 tahun. Tua lagi parti PAS - sejak penubuhan sampai sekarang tak hadapi masalah besar macam UMNO. Baru lepas kalah sikit dalam PRU 12 dah nak berrebut jawatan dalam parti. Hilang sekejap rasa resah gelisah gundah gulana kekalahan tak sampai 30 hari lalu. Itulah gamaknya perjuangan sebenar orang UMNO ni ya. noktah!

No comments: